diriwayatkan oleh saiyidina Ali (r.a) daripada Rasulullah s.a.w., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat nabi s.a.w. tentang fadhilat (kelebihan) sembahyang sunat terawikh pada bulan ramadhan:
malam 1:keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
malam 2:diampunkan dosa dosa orang mukmin yang solat terawikh serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
malam 3:berseru malaikat di bawah 'Arasy supaya kami meneruskan solat terawikh terus menerus. `semoga Allah mengampunkan dosa engkau.'
malam 4: memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang orang yang membaca kitab kitab taurat, zabur, injil dan al Quran.
malam 5:Allah kurniakan baginya pahala orang-orang yang bersembahyang di masjidilharam, masjid madinah dan masjid aqsa.
malam 6:Allah kurniakan pahala kepadanya pahala malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma'mur (70 ribu malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang tarawih pada malam ini
malam 7:seolah-olah ia mendapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong nNabi 'Alaihissalam menentang musuh ketatnya fir'aun dan hamman.
malam 8: Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawikh sepertimana yang telah dikurniakan kepada nabi Allah Ibrahim "Alaihissalam.
malam 9:Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti nabi Muhammad s.a.w.
malam 10:Allah subhanahuwata'ala mengurniakan kepadanya kebaikan didunia dan di akhirat.
malam 11:keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baru dilahirkan.
malam 12:datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
malam 13:datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
malam 14:datang malaikat menyaksikan ia bersembayang terawikh, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
malam 15:semua malaikat yang menanggung 'Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Ordered from Kak Dyana
10 years ago
No comments:
Post a Comment