Sambungan Fadhilat Terawikh Malam 16-30
malam 16:Allah Subhanahuwata'ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.
malam 17:Allah kurniakan orang yang berterawikh pahalanya pada malam ini sebanyak pahala para nabi.
malam 18:seru malaikat: hai hamba Allah! sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).
malam 19:Allah Subhanahuwata'ala tinggikan darjatnya didalam syurga firdaus.
malam 20:Allah kurniakan kepadanya pahala sekian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
malam 21:Allah binakan sebuah istana dalam syurga daripada nur.
malam 22:datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di padang mahsyar).
malam 23:Allah Subhanahuwata'ala binakan kepadanya sebuah bandar didlam syurga daripada nur.
malam 24:Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawikh malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).
malam 25:Allah Taala angkatkan daripadanya siksa kubur.
malam 26:Allah kurniakan kepada orang berterawikh pahala pada malam ini seumpama 40 tahun beribadat.
malam 27:Allah kurniakan orang berterawikh pada malam ini ketangkasan melintas atas titian sirotulmustaqim seperti kilat menyambar
malam 28:Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya 1000 darjat diakhirat
malam 29:Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
malam 30:Allah Subhanahuwata'ala beri penghormatan kepada orang berterawikh pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman: "wahai hambaku: makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan didalam syurga, dan mandilah engkau daripada air syurga yang bernama salsabila, serta minumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama 'al-Kauthar'"
Ordered from Kak Dyana
10 years ago
No comments:
Post a Comment